• Perunding imej profesional dalam bidang penampilan diri dan konsep berpakaian untuk Muslimah.

  • Penasihat imej butik terkenal dan menjelajah segenap pelusuk tanah air, Singapura dan Brunei Darussalam dalam memberi bimbingan tata rias diri untuk muslimah.

  • Mencipta ‘Madah Awning' pada 1999. Madah Awning' sesuai dengan semua bentuk muka, tidak menyakitkan kulit kepala ketika memakainya, tidak panas dan keras pada bahagian depan dahi, malah memakainya, bahagian depan tudung tidak jatuh atau lembik.

  • Mencipta anak tudung, Serkup Hana sempena nama adiknya, Datin Hana yang dibuat kajian lebih setahun. Ukuran serkup ini dibuat teliti hingga ke tulang pipi dan berfungsi sebagai penjinak tudung.

  • Atim Agoy Boutique - Tema : Kesederhanaan & Keanggunan. Koleksi diperbuat daripada pelbagai material bermutu seperti chiffon, satin dan sutera dari dalam dan luar negara seperti India, Itali, Perancis dan China. Terdiri daripada himpunan fesyen Muslimah dengan sentuhan tradisional dan terkini. Himpunan kami merangkumi 'dress', jubah, kebaya, baju kurung, dan juga gabungan kesemuanya