Friday, 13 July 2012
Wednesday, 11 July 2012
Monday, 9 July 2012
Friday, 6 July 2012
Selendang tiga warna
Fashion SEPERTI fabrik, tudung juga melalui proses revolusi begitu cepat seperti hari ini. Jika dulu tudung bawal berbentuk tiga dan empat segi dengan satu warna saja kini selendang tiga warna dilihat semakin mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen muslimah terutama golongan remaja. 1 of 5 MANIS...sesuai digayakan dengan baju kemeja mahupun baju kurung Selesa, mudah digayakan dan 100 peratus dihasilkan daripada kain kapas antara kriteria utama ia sering menjadi pilihan malah sesuai dikenakan bersama baju kurung ataupun kemeja. Pemilik Al-humaira Contemporary, Hani Elia Rousli, 25, perniagaan selendang dalam talian yang dijalankan sejak dua tahun lalu membuahkan hasil meskipun terpaksa meninggalkan pekerjaan di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu negara. Menurutnya selendang tiga ton warna berlainan atau dikenali sebagai Atiaa mendapat permintaan tinggi dikalangan pelanggan setianya. "Kelebihan selendang ini tidak perlu digosok dan sangat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk selain didatangkan dengan warna lembut. "Ia diimport khas dari Korea malah mudah dipakai dengan pelbagai teknik pemakaian selendang sedia ada," ujarnya. Keterangan lanjut layari http://alhumairacontemporary.blogspot.com

Thursday, 5 July 2012
Lilysari kali ini berkongsi kaedah bergaya mengikut acara dengan menjinjing beg bersesuaian tema serta kasut yang membiaskan gaya peribadi. Ikuti bagaimana mencapai status paling bergaya bersesuaian dengan aliran aksesori yang tepat.
Selembut Sifon Dirias mewah bersama batu kristal yang sarat, Elie Saab adalah petunjuk fesyen paling jitu dengan penggunaan fabrik sifon. Dior juga tidak ketinggalan menggunakan fabrik sifon untuk mencipta siluet lembut dan beralun mengikut tubuh badan wanita. Sifon dihasilkan daripada tenunan benang lembut dan tekstur ini seeloknya digunakan untuk membuat busana malam seperti gaun labuh meleret.
Kulit Eksotik Penggunaan material kulit seperti kulit anak kambing biri-biri dan rusa sebagai asas fabrik sudah biasa dipraktikkan. Ciptaan elemen dramatik Givenchy dan Armani Prive menggabungkan kulit eksotik sebagai fabrik mereka. Penggunaan kulit buaya di Givenchy dan sisik ular di Armani Prive nyata mencipta satu gaya mewah. Riccardo Tisci menggunakan kulit buaya yang diberi kemasan lembut senipis nappa dan dijadikan korset lantas mencipta gaya perwira fesyen.
Renda Cinta Renda terus menjadi fabrik paling popular namun, Valentino menjadi pengkarya paling hebat dalam mentafsir setiap seni renda dan mereka bijak menongkah arus agar renda yang dipersembahkan mempunyai elemen resmi Valentino. Kelainannya terserlah apabila menggunaan fabrik renda organza dengan mencipta elemen yang lebih romantik.

Tuesday, 3 July 2012
KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2010: Seperti yang diimpikan Presiden Persatuan Pereka Fesyen Rasmi Malaysia (Moda), Gillian Hung, majlis sambutan ulang tahun ke-20 persatuan itu ternyata meriah dengan kehadiran barisan pereka fesyen vateran popular negara.
Lebih 10 pereka fesyen tersohor dari era 80-an seperti Professor Dato' Dr Jimmy Choo, Michael Ong, Andrew Gan, Eric Chong, Edmund Ser, Daniel Lim, Albert King, Alvin Tang dan Bill Keith telah sama-sama memeriahkan acara gilang gemilang yang diadakan di pusat beli-belah Pavilion, di sini malam tadi.
Lebih istimewa lagi, apabila Moda telah menerbangkan secara khas pereka fesyen yang mencipta nama di New York, Zang Toi bersama-sama supermodel Ling Tan untuk menyerikan lagi laluan runway penuh glamor itu."Kalau dulu kami semua selalu bergaduh dan bersusah payah untuk meningkatkan produktiviti industri fesyen tempatan, hari ini kami dihimpunkan semula dalam sebuah majlis yang sangat istimewa sebagai menghargai peranan mereka selama 20 tahun berkecimpung.
"Inilah nilai persahabatan yang tidak ada nilai tandingannya. Apa yang kami harapkan sekarang, hanyalah untuk menurunkan segala kemahiran kami ini kepada generasi muda bagi meneruskan usaha kami selama ini," kata Gillian dalam ucapan ringkasnya.
Menyemarakkan lagi malam gala berkenaan dengan kemunculan beberapa model popular di era 70-an dan 80-an seperti Maggie Loo, Cillia dan Cat Low yang turut diberi penghormatan mempamerkan sekali lagi kehebatan mereka di laluan runway kali ini.
Malah, acara kemuncak Moda kali ini turut melakarkan sejarahnya tersendiri apabila berjaya menyatukan 4 bekas presiden persatuan itu di atas pentas yang sama wilkinson iaitu presiden Moda pertama, Roslan Wilkinson, Orsan Wong, Bill Keith dan tidak ketinggalan Gillian sendiri.
Ruang legar utama Pavilion berubah bagaikan minggu fesyen antarabangsa apabila beberapa pereka fesyen yang sudah mencipta nama sepeti Amir Luqman, Khoon Hooi, Melinda Looi, Nazleen Noor, Alvin Tay, Key Ng, Jonathyan Cheng dan Jovian Mandagie turut turun padang.
Masing-masing telah diberi peluang menyerlahkan pentas gah Moda dengan mempamerkan beberapa rekaan terkini masing-masing sebagai santapan persembahan akan kesungguhan mereka selama berkecimpung di dalam industri fesyen.Antara selebriti yang turut hadir ke majlis fesyen penuh glamor ini iaitu Syafinaz Selamat, Mizz Nina, Reshmonu, Azura, Serina Redzuan, Zahida Rafik dan Sharifah Shawati. Supermodel Amber Chia, Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka dan Miss World Malaysia 2009, Tanuja Ananthan turut hadir memeriahkan acara.
Lensa kamera dan tetamu telah dikejutkan dengan kemunculan Farhan dengan persalinan merah baldu (ciptaan Bill Keith) dengan gaya rambut afro miliknya ketika menyanyikan lagu popular Mercy iaitu nyanyian asal Duffy.
Di pentas yang sama juga Syafinaz terlah menunjukkan taringnya dengan persembahan single terbarunya, Terpesona yang cukup memukau.
Turut diadakan pada malam gilang-gemilang itu, Pertandingan Pereka Fesyen Muda Malaysia (MYDC), di mana juara akan memakili Malaysia ke Asian Young Fashion Designer's Contest di Singapura tidak lama lagi.
Pemenang pertama membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga).

Wanita dan fesyen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
WANITA dan fesyen begitu sinonim, tanpanya penampilan diri tidak lengkap. Pemilihan fesyen bersesuain dengan imej menjadikan penampilan lebih menyerlah. Begitu banyak jenama dan warna untuk dipilih di pasaran tetapi kadangkala sukar mencari yang sesuai dengan imej dan keperibadian.
Apabila sebut fesyen kebiasaanya kita akan kaitkan dengan wanita yang tidak bertudung. Sebagai contoh wanita tidak bertudung boleh mengenakan fesyen pelbagai baju, beg tangan, kasut sehinggalah fesyen rambut. Setiap pilihan aksesori pula menjadi pelegkap gaya, pilihan sedondon warna pakaian, kasut dan beg tangan. Gabungan dua atau tiga warna akan memberi lebih impak jika pandai mengenakannya.
Kini keadaan telah berubah, pasaran menawarkan pelbagai pilihan gaya dari hujung rambut ke hujung kaki, tampil pelbagai butik-butik pakaian, tudung, aksesori dan kelas-kelas grooming, dan make-up bagi memenuhi permintaan. Butik busana muslimah juga turut memberi pilihan yang berpatutan sehingga esklusif.
Saya lihat wanita bertudung juga sudah pandai mengenakan warna pakaian, beg tangan dan kasut serta tambahan aksesori seperti cermin mata hitam, rantai serta tali pinggang. Namun saya masih berpegang dengan prinsip "less is more". Namun, bagi pemilik bertudung haruslah pandai membuat pilihan jenis tudung dan warna amat penting bagi menampakkan pemiliknya bergaya anggun. Saya berpendapat untuk nampak cantik tidak perlu mengenakan jenama baju berjenama Channel atau beg tangan berjenama Guess dan mengenakan kasut berjenama Shuz serta tampil bercermin mata Dior. Cukup dengan gaya busana yang longgar dan berseluar serta bertudung dengan rona tudung sedondon, dan mengenakan hand beg dan kasut yang sedondon (tidak sedondon pun nampak cantik jika kene dengan aksesori lain)dan hasilnya 'you look gorgeous'. Nanti kita diskas tentang fesyen-fesyen yang sesuai dengan muslimah yang trendy.

Thursday, 28 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pengasas busana Muslimah Atim-Agoy Boutique kembali ke Rahmatullah
Perunding imej wanita Muslimah yang juga pengasas serta pemilik jenama Atim-Agoy Boutique itu meninggal dunia akibat serangan barah payu dara yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga terdekat iaitu suami, Wan Azizan Wah Ahmad, anak tunggal pasangan berkenaan, Azrul Azwa, 32, serta menantu mereka.
Adik kepada Allahyarham, Humaidi Datuk Ghazali, berkata, Allahyarham yang juga pemilik Syarikat Muslimah Grooming & Modelling pergi meninggalkan arena fesyen tempatan sehari sebelum genap usia 63 tahun kerana hari lahirnya jatuh pada 15 Jun.
Menceritakan sifat yang disenangi Humaidi berkata, sepanjang hidup Allahyarham seorang yang cepat mesra dengan semua orang. Malah, disenangi dengan sifatnya yang pelembut, peramah dan suka mendidik.
“Allahyarham tidak pernah kedekut atau mementingkan diri sendiri ketika berkecimpung dalam dunia fesyen. Ini dapat dilihat sendiri apabila beliau sering mencurahkan pandangan menerusi ceramah dan motivasi yang dianjurkannya mengenai cara mengenakan fesyen yang menarik, anggun dan berlandaskan Islam.
“Saya terharu kerana Allahyarham seorang yang mulia, baik hati serta seorang yang kreatif. Walaupun terbabit dalam dunia fesyen pelbagai gaya, namun sebagai wanita Muslim, Allahyarham tidak melepaskan tanggungjawab mendidik dan menggalakkan wanita Islam mengenakan pakaian menutup aurat menerusi busana Muslimah yang diperkenalkannya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, kelmarin.
Nama Hamadah pernah melonjak dan mewarnai dunia fesyen rekaan di negara ini, khususnya dalam rekaan busana Muslimah. Kejayaannya mencipta fenomena baru, mengetengahkan fesyen busana Muslimah kontemporari, anggun dan eksklusif, tetapi masih terikat dengan syariat Islam, 11 tahun lalu, berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap pemakaian gaya bertudung di negara ini.
Allahyarham yang juga Pengarah Atim-Agoy Boutique pernah berkata, sebagai wanita berkerjaya yang bertudung tidak salah bergaya ke tempat kerja, malah ia satu keperluan bagi memperlihatkan keindahan dalam Islam apabila berpakaian.
Melalui Atim-Agoy Boutique yang diasaskan pada 1998, Allahyarham sentiasa menekankan tiada sebab wanita Muslimah tidak cantik semata-mata kerana bertudung. malah berpendapat, tiada larangan mengenakan fesyen dalam Islam selagi masih memenuhi lunas dan hukum yang ditetapkan.
Berpegang prinsip itulah, Allahyarham gigih merekacipta busana fesyen Muslimah kontemporari, mengikut ragam aliran masa kini iaitu daripada koleksi untuk ke majlis rasmi hinggalah fesyen ke pejabat dan pengantin. Namanya, mula meniti dari bibir ke bibir terutama di kalangan penggemar fesyen Muslimah, tambahan ketika itu memang tiada saingan.
Bagaimanapun, berikutan kemunculan butik fesyen Muslimah tumbuh bagaikan cendawan tidak lama kemudian, menenggelamkan seketika jenama Atim-Agoy. Ujian lebih besar dihadapi Allahyarham ialah apabila disahkan menghidap barah payu dara pada 2007 dan pernah lumpuh separuh badan selama lebih sebulan.
Berikutan keadaan kesihatan yang tidak stabil, keputusan menutup beberapa rangkaian butiknya termasuk di Shah Alam dan di pusat beli-belah di Mid Valley terpaksa diambil.
Namun begitu, Allahyarham masih gigih berkarya dan mencurahkan idea bagi menghasilkan rekaan fesyen sekalipun terpaksa bekerja dalam keadaan terlantar di atas katil.
Allahyarham juga seorang yang kreatif dan bijak kerana menjadi salah seorang anak jati Malaysia yang berkelulusan Undang-Undang Islam dan Psikologi Pendidikan dari Universiti India serta memperoleh Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Pengurusan Rekod dan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pendidikan tidak tamat di situ saja sebaliknya ketika mengikut suaminya ke Amerika Syarikat, Allahyarham tidak melepaskan peluang mengikuti kursus dan latihan dalam bidang rekaan fesyen serta jahitan di Indiana State University, Amerika Syarikat dan American International Women Club.
Menerusi temubual bersama wartawan Ratu tahun lalu, Allahyarham mengakui suka bergaya apabila ditanya bagaimana tercetusnya minat dalam dunia fesyen.
Walaupun pernah tidak memakai tudung suatu ketika dulu, namun selepas melihat sendiri keinginan wanita bertudung untuk tampak cantik dan bergaya, Allahyarham mencari jalan membantu wanita bertudung tampak cantik dengan memperkenalkan busana Muslimah anggun lagi bergaya.
Pembabitan Allahyarham dalam dunia dan pertunjukan fesyen tidak terkira banyaknya. Antara pertunjukan terakhir yang pernah disertainya ialah Festival Fesyen Islam (IFF) ke-8 yang diadakan diadakan di Jakarta tahun lalu dan disertai beberapa pereka dari negara luar termasuk Malaysia, Indonesia, Jordan, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Maghribi, Itali dan United Kingdom. Namun, oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ketika itu, Allahyarham hanya menghantar wakil.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan Isnin lalu sebelum Zohor di Shah Alam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya.
INFO:
Hamadah Datuk Ghazali
Tarikh lahir: 15 Jun 1947
Asal: Bagan Datoh, Perak
Pendidikan: - Undang-Undang Islam dan Psikologi Pendidikan dari Universiti India
- Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Pengurusan Rekod dan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Kursus dan latihan dalam bidang rekaan fesyen serta jahitan di Indiana State University, Amerika Syarikat dan American International Women Club.
Kerjaya: Penulis dan penyusun Buku Bimbingan Pemakaian Tudung.